5 Jenis Cinta

Assalamualaikum..

I wanna share this. Hope u'alls keep read this till end. yawwsss..

CINTA KEPADA ALLAH SWT.
- Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas daripada azab Allah SWT kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah SWT. Mereka mempunyai cinta yang ke-4(syirkul mahabbah)

MENYINTAI APA YANG ALLAH CINTAI
- Inilah yang membezakan antara orang Islam dan kafir. Apa yang dicintai oleh Allah SWT adalah begitu banyak disebut dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Antaranya seperti yang disebut dalam surah As-Saff ayat ke-4.

MENYINTAI SESUATU KERANA ALLAH SWT
- Sabda Rasulullah SAW :
    "Sesiapa yang menyintai kerana Allah,
  membenci kerana Allah, memberi kerana Allah
  dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah
  sempurna imannya." [HR Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim]

CINTA SEKUTU (PARTNERSHIP LOVE) @ SYIRKUL MAHABBAH
- Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan Allah. Ramai yang menyintai Allah, tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukan kerana Allah [QS Al-Baqarah, 2:165]

CINTA SEMULA JADI
- Inilah yang disebut oleh Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran :
" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[QS ALi'-Imran, 3:14]


Hah!! nak yang mana?? Tepuk dada tanya iman. 

Hey ya~! you know what?

Dakwah itu Cinta

Nitessss~ :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Assessment Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (PPAM B)

Hlovate? Siapa?

CAT? Diploma? KPTM?