Kelebihan Hari Jumaat
Assalamualaikum! (Alhamdulillah.. Cuaca yang elok pada hari ini.) Anyyeong! He he.. Hari ni, kusyi nak share tentang kelebihan hari ini.. Hari apa? Mestilah hari JUMAAT.. Takkan da Sabtu kot.. Hihi.. Seperti kita sedia maklum, Jumaat ialah penghulu bagi segala hari, atau dalam bahasa Arab, Sayyidul-Ayam. Kan? Kan? He he.. Jom2 baca apakah kelebihan hari Jumaat ni.. 1 . Berlakunya hari kiamat. Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga. Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “S...