Posts

Showing posts from October, 2013

Dr. Ismail Al Faruqi: Mangsa Konspirasi Dajjal

Image
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎ Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi , dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921.  Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat. Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya. Kemasyuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT). Semua latar belakangnya boleh dilihat dalam wikipedia.org/Ismail Al Faruqi Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial. Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasu