Posts

Showing posts from June, 2011

Anak Zina, Taklayak masuk syurga?

Assalamualaikum! Sekarang Kusyi nak share this.. Jom baca! :) Zina  adalah salah satu dosa besar, bahkan penzina diragui keimanannya. Sabda Rasulullah saw, maksudnya:  “Tidak akan mencuri seorang pencuri di kala ia mencuri ianya seorang mukmin. Tidak akan berzina seorang penzina di kala ia berzina ianya seorang mukmin dan tidak akan minum arak  seorang peminum  di kala ia minum ianya seorang mukmin”.  Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud dan al-Nasaie. Kejahatan zina ini diancam dengan hukuman di dunia dan seksaan di akhirat. Di dunia pelaku zina yang muhsan (pasangan lelaki dan perempuan yang pernah melalui perkahwinan yang sah) dikenakan hukuman rejam sampai mati dan yang bukan muhsan (pasangan lelaki dan perempuan yang belum melalui perkahwinan yang sah) dikenakan hukuman sebat dengan rotan sebanyak seratus kali dan dibuang daerah selama setahun. Akan tetapi serupa juga dengan dosa-dosa lain, maka dosa zina tidak akan melibatkan orang lain yang tidak bersalah. Hanya orang y

Dialog antara si A dan si B

Assalamualaikum! Tadi kusyi terbaca dialog nih kat fb..Best gak! jom baca sesama~ A : "Weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3x sehari, love of my life (sambil buat muka mintak kaki)" B : "Oh really? lover aku call aku 5x sehari (muka bangga) A : Bestnya, banyak credit lover kau? B : Taklah ni connection wire-less A : (Muka tak puas hati) hmm.. Pukul bape dia call? B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. Nak romantik aku pulak call DIA  pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada....^^ Wassalam~

Peristiwa Hari Sabtu

Assalamualaikum! Hari ni hari apa anak2?? Ha ha.. Of course hari Sabtu kan? Saturday .. Ha ha.. Esok, bagi yang sekolah, SEKOLAH ye! Jangan nak tambah2 cuti sendiri pulak! Huahua.. Kusyi pon terpaksa sekolah gak.. Ayya.. Homework tadda siap ma.. Terpaksa redha.. Hu hu.. HAri ni, kusyi nak share tentang peristiwa yang pernah berlaku pada hari Sabtu.. Sabtu bila? minggu lepaskah? Ha ha.. Baca je.. Before that. NAnti ada cite hindustan eak? Ha ha.. Tak sabaw eden nk tonton.. (eventhough homework masih berlambak.. ) =,=' Jom baca! Sejak dahulu sudah ditetapkan Allah satu hari dalam se minggu, di hari semua orang diwajibkan berkumpul menjalankan ibadat bersama sama dan menerima tuntunan Allah dengan perantaraan Nabi dan RasulNya masing masing. Tetapi entah kerana apa, di zaman Nabi Musa kaum Bani Israel sama bermohon, agar hari itu dijadikan hari Sabtu saja. Keinginan mereka ini dikabulkan oleh Allah dan sudah tetaplah menurut syari’at Nabi Musa, bahawa hari Sabtu itu adalah

Jenis Tangisan Dalam Islam

Image
Assalamualaikum! Today kusyi nak share jenis2 tangisan dlm Islam. Nangis ni banyak jenis tau! Hu hu.. Jom baca.. Ini pon ilmu.. =) Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenark...an malah digalakkan dalam Islam ialah: 1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. 2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakuk

Seorang Gadis Itu

Image
Assalamualaikum!!!(curi2 post) He he.. TAkde masa dah nk post.. JAdi kusyi nk post ini aje la.. Baca2! Bagi yang wanita.. Fahami okey? Seorang gadis itu Yang lembut fitrah tercipta, Halus kulit, manis tuturnya, Lentur hati…telus wajahnya, Setelus rasa membisik di jiwa, Di mata cahaya, dalamnya ada air, Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, Ceritera hidupnya… Seorang gadis itu… Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, Tabah dan tenang sikapnya, teman ar-Rasul, Pengubat duka dan laranya…. bijaksana ia, Menyimpan ilmu, si teman bicara, Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah, Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah…… Seorang gadis itu… Bisa setabah Maryam, Meski dicaci meski dikeji, Itu hanya cerca manusia, Namun sucinya Allah memuji…. Seperti Fatimah kudusnya, Meniti hidup seadanya, Puteri Rasulullah……kesayangan ayahanda, Suaminya si panglima agama, Di belakangnya dialah pelita, Cahaya penerang segenap rumahnya, Ummi tersayang cucunda Baginda…. bisa dia segagah

Kelebihan Hari Jumaat

Assalamualaikum! (Alhamdulillah.. Cuaca yang elok pada hari ini.) Anyyeong! He he.. Hari ni, kusyi nak share tentang kelebihan hari ini.. Hari apa? Mestilah hari JUMAAT.. Takkan da Sabtu kot.. Hihi.. Seperti kita sedia maklum, Jumaat ialah penghulu bagi segala hari, atau dalam bahasa Arab, Sayyidul-Ayam.  Kan? Kan? He he..  Jom2 baca apakah kelebihan hari Jumaat ni.. 1 .  Berlakunya hari kiamat.  Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”   2.  Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.  Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit mataha

Kisah Aku, Lim dan ISLAM.. (JOM BACA) ^^

Assalamualaikum! Hari ini cuaca alhamdulillah.. Hu hu.. Jom baca cerita nii..  :)   Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak   yang dikongsi bersama.    Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.    Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', se

Tips Mengatasi Putus Cinta

Assalamualaikum.. (panas jugak petang niiii.. ) Petang ni.. Kusyi nak share tips mengatasi putus cinta. Ha ha.. Kusyi main share je.. Kusyi copy dari  iluvislam .. :TIPS MENGATASI PUTUS CINTA: 1. Kembali kepada-Nya  – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya. 2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah  -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah. 3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat  – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri. 4. Buang semua tentang si dia  – Ji