Peristiwa Hari Sabtu
Assalamualaikum!
Hari ni hari apa anak2?? Ha ha.. Of course hari Sabtu kan? Saturday.. Ha ha.. Esok, bagi yang sekolah, SEKOLAH ye! Jangan nak tambah2 cuti sendiri pulak! Huahua.. Kusyi pon terpaksa sekolah gak.. Ayya.. Homework tadda siap ma.. Terpaksa redha.. Hu hu.. HAri ni, kusyi nak share tentang peristiwa yang pernah berlaku pada hari Sabtu.. Sabtu bila? minggu lepaskah? Ha ha.. Baca je.. Before that. NAnti ada cite hindustan eak? Ha ha.. Tak sabaw eden nk tonton.. (eventhough homework masih berlambak.. )
=,='
Jom baca!
Sejak dahulu sudah ditetapkan Allah satu hari dalam se minggu, di hari semua orang diwajibkan berkumpul menjalankan ibadat bersama sama dan menerima tuntunan Allah dengan perantaraan Nabi dan RasulNya masing masing. Tetapi entah kerana apa, di zaman Nabi Musa kaum Bani Israel sama bermohon, agar hari itu dijadikan hari Sabtu saja.
Keinginan mereka ini dikabulkan oleh Allah dan sudah tetaplah menurut syari’at Nabi Musa, bahawa hari Sabtu itu adalah hari istimewa, hari mana setiap orang tidak boleh bekerja, tetapi hari itu dikhaskan hanya semata-mata untuk menyembah Allah, untuk bersyukur kepada Tuhan dan hari menerima pelajaran Tuhan atau agama.
Begitulah telah menjadi adat, syariat dan tradisi bagi Bani Israel, sejak zaman Nabi Musa sampai ke zaman Nabi Daud a.s. Di sebuah kampung yang terletak di pinggir Lautan Merah, bernama kampung Allah, di mana tinggal bangsa keturunan Bani Israel juga. Mereka juga menjalankan syariat yang menjadikan hari Sabtu itu semata-mata untuk beribadat saja.
Kerana adat dan syariat yang sudah turun temurun begitu lama, di mana tidak seorang juga di antara manusia yang pergi ke ladang membajak, tidak seorang juga pergi ke pasar berniaga, tidak seorang juga pergi ke laut menangkap ikan, maka syariat Bani Israel itu menyebabkan timbulnya sebuah tradisi pada ikan yang hidup di dalam laut di sekitar desa itu.
Tidak begitu jauh dari pantai di desa itu, ada dua buah batu besar yang putih warnanya di dalam laut. Saban hari Sabtu, bukan main banyaknya ikan ikan besar yang lalu dan bermain main di antara dua buah batu besar itu. Rupanya ikan ikan itupun sudah tahu, bahawa kalau mereka berman main di situ pada hari Sabtu, tidak seorang juga manusia yang menangkap mereka, sedang di hari-hari yang lain, tidak ada se ekor pun di antara ikan ikan itu yang muncul di situ, kerana bila ada se ekor saja, sudah pasti akan ditangkap oleh manusia untuk menjadi makanannya yang paling enak. Di hari hari selain hari Sabtu mereka hampir seluruhnya pergi ke laut menangkap ikan.
Dari hari ke sehari, tahun ke tahun, makin banyak juga ikan ikan besar Lautan Merah yang melancung pada tiap hari Sabtu ke antara dua batu besar itu. Hal ini akhirnya menerbitkan selera bangsa Bani Israel yang tinggal di desa itu.
Nafsu tamak dan keinginan untuk memakan daging ikan yang besar-besar itu, menyebabkan mereka lupa kepada ajaran agama mereka sendiri. Mereka berkumpul bermesyuarat, bertukar fikiran.
Mereka berkata: “Kenapa kita biarkan saja ikan ikan besar sebanyak itu berkeliaran di hadapan kita di hari Sabtu ini. Sedang di hari hari lainnya, kita bermati matian ke tengah laut yang luas mencari ikan dengan bersusah-payah, kadang-kadang dengan mengorbankan jiwa kita sendiri. Alangkah baiknya kalau di hari Sabtu itu, kita tangkap semua ikan yang lalu antara dua buah batu itu, kita pasti akan mendapatkan ikan sebanyak banyaknya dengan jalan yang amat mudah.
Fikiran ini lekas diterima oleh lain-lain orang di kampung itu, kecuali beberapa orang saja yang tetap beriman dan tidak sudi melanggar aturan agama.
Begitulah setiap hari Sabtu penduduk kampung itu bersama sama menangkap ikan di antara dua buah batu besar itu dengan mudah sekali. Hasil mereka sehari itu jauh lebih banyak dari hasil mereka di hari hari lainnya yang enam hari itu. Alangkah senang hati mereka mendapat akal yang demikian itu.
Dengan akal ini, maka hari Sabtu itu sudah mereka robah, bukan untuk menyembah Allah lagi, tetapi mereka jadikan hari melupakan Allah, hari beriang gembira, makan makan besar dengan ikan ikan besar yang mereka dapati di hari Sabtu yang istimewa itu. Di hari Sabtu itulah mereka makan seenak enaknya dan sebanyak banyaknya, dengan daging ikan ikan besar yang berbagai-bagai pula macam ragamnya.
Setelah pekerjaan mereka itu diketahui oleh orang orang yang beriman, mereka memberikan nasihat kepada yang melanggar aturan agama itu. Tetapi nasihat ini tidak masuk lagi ke dalam hati mereka. Akhirnya oleh golongan yang beriman, diadakan tindakan kekerasan untuk menginsafkan orang orang yang sudah sesat itu. Dengan kekuatan senjata, mereka jaga agar jangan sampai ada seorang juga di antara penduduk yang menangkap ikan di hari Sabtu itu.
Tetapi mereka yang ingkar dan sesat itu sama sama memprotes keras: “Kampung ini bukan kepunyaanmu saja, kami juga turut berhak atas kampung ini. Tetapi kenapa kamu melarang kami berbuat apa yang kami inginkan di kampung kami sendiri? Kami merdeka berbuat itu semua, apalagi mencari rezeki yang berupa makanan itu. Atau kalau kamu tidak suka kami mengerjakan apa yang kami perlukan, lebih baik kampung ini kita bagi dua saja. Setengahnya untuk kami, kami merdeka berbuat apa saja yang kami kehendaki di kampung bahagian kami dan setengah lagi untukmu dan kamu merdeka pula berbuat apa saja yang kamu kehendaki atasnya.”
Untuk menghindarkan selisih dan pertumpahan darah, orang orang yang beriman akhirnya suka kalau kampung itu di bagi antara kedua golongan itu. Kampung itu lalu di bagi dua. Kedua golongan disetiap kampung itu, kini merdeka berbuat sekehendak hati masing masing. Golongan yang sudah sesat itu berkecimpungan dengan keingkaran, mereka telah melupakan Tuhan dan makan makan besar setiap hari Sabtu, yang oleh Allah telah ditetapkan hanya untuk beribadat kepadaNya itu.
Adapun orang-orang yang beriman selalu menasihatkan kepada sesama mereka, agar jangan meniru perbuatan salah dari orang-orang yang sesat itu, kerana itu akan berakhir dengan dosa dan petaka yang diakhiri dengan seksaan Allah yang sebesar-besarnya, Setelah semua anjuran itu oleh golongan yang sesat itu tidak di acuhkan sama sekali, akhirnya perbuatan mereka itu dibiarkan saja, diserahkan kepada Tuhan saja untuk menghukumnya.
Tetapi Nabi Daud tidak mahu membiarkan begitu saja orang melanggar perintah Allah. Nabi Daud terus menerus menasihati mereka, agar mereka kembali kepada ajaran Nabi dan agamanya. Tetapi mereka hanya menggelengkan kepalanya, bahkan mengejek ejek.
Akhirnya Nabi Daud tidak dapat membiarkan dan tidak dapat pula memberi nasihat lagi. Masalah ini diserahkannya kepada Allah semata mata, dengan doa agar Allahlah yang mengajari orang orang yang sudah sesat itu.
Orang-orang yang ingkar itu rupanya menjadi semakin ingkar dan semakin tamak dalam hidupnya, akhirnya mereka mengerjakan segala macam dosa dan noda dalam hidupnya. Tabiat mereka berubah menjadi saperti kera atau beruk, tidak tahu akan halal dan haram, tidak kenal akan permatang atau pagar. Akhirnya bukan hanya tabiatnya saja yang jelek begitu rupa, tetapi rupa dan bentuk mereka juga jadi memburuk. Tabiat yang kasar dan dosa yang terlalu banyak, telah merobah bentuk rupa mereka juga, menyerupai kera atau beruk, menjadi binatang lata.
Pada suatu hari terjadilah gempa besar di desa itu. Dengan gempa besar itu, semua kaum Mukminin, sama keluar dari rumah rumah mereka minta perlindungan dari Allah. Adapun orang orang yang sudah sesat itu, masih tetap makan-makan besar dengan hasil penangkapan ikan mereka di hari Sabtu itu. Akhirnya datang lagi gempa yang kedua, ketiga, keempat berturut turut tidak putus putusnya, yang semakin hebat dan dahsyat juga.
Dengan gempa dahsyat itu, lenyaplah semua orang yang ingkar itu terpelanting ke dalam laut, di timpa oleh batu batu dan rumah rumah yang runtuh, sedang orang orang yang beriman tetap selamat, berkat perlindungan dari Allah s.w.t.
Masya-Allah, besar sungguh kuasa Allah S.W.T.. MArilah kita mengambil iktibar dari peristiwa yang dialami oleh kaum2 terdahulu..
Wassalam~

Comments