Posts

Showing posts from November, 2012

Cerpen : Hadiah yang Terindah

Image
* Cerpen ini adalah hak cipta terpelihara daripada saya. Jika anda ingin mencuri, sila credit nama saya. Harap maklum terima kasih.....! * Cerpen ini juga tidak ada kaitan antara yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia. Hu hu..    Bibirku mengukir senyuman. Mataku melilau pada halaman rumah di jendela. Entah mengapa hatiku seakan-akan asyik dengan ciptaan Yang Maha Esa ini. Tumbuh-tumbuhan menghijau di samping bunganya kembang mekar. Subhanallah.. Hebat betul ciptaan-Mu.    Telefon bimbit Sony J105 milikku tiba-tiba berdendangkan lagu ' Begin Again ' nyanyian Taylor Swift. Aku mencapai telefon tersebut secara drastik. Bibirku menguntum senyuman apabila nama 'mama' tertera pada skrin.    "Mama!!" aku terlebih dahulu menjerit sebaik sahaja menjawab panggilan.    "Haish kamu ni Nurina! Terperanjat mama. Cubalah bagi salam dulu ke.." tegur mama di corong telefon.    Aku tersengih.    " Sorry ,ma. Assalamualaikum mama... Bila