Skin care | Penting ke?

Assalamualaikum.

Hai! Disebabkan aku kekeringan idea, maka aku cuba jugalah untuk perah otak untuk hasilkan juga posting (in malay apa ek) terbaru di blog yang agak bersawang ini.


Jadi, penting ke skin care ni? Penjagaan kulit. Ehem.

Dulu aku macam tak kisah sangat tentang penjagaan kulit muka ni. Sebab takde jerawat. Tapi, jerawat yang mula-mula timbul masa....lupa dah. Kalau tak silap masa diploma. Semester 3 agaknya. Zaman kesibukan di sana sini. Stress  program itu ini dan nak bahagikan masa untuk assignment dan study untuk exam.

Maka... timbul lah jerawat di dagu dan dahi yang agak teruk.

Masa tu baru la gelabah nak pakai apa-apa yang boleh lesapkan jerawat-jerawat tersebut.

Oh ya.. Aku juga terpengaruh dengan produk timbang kilo ye kawan-kawan.

Dan ya.. kulit aku makin teruk lepas tu. Jadi, aku stop membodohkan diri. HAHA.

Aku pakai produk cliche tapi bau sedap seperti safi balqis, alaisyah, dan fair & lovely. Lol.

Aku ni sejenis malas nak basuh muka dengan facial wash tu kalau waktu malam. Kan kalau untuk hasil terbaik, kena pakai twice a day. Tapi aku biasanya pakai sekali je waktu mandi pagi tu je. Kalau waktu malam aku buat-buat lupa.

Dan masa aku masuk INTEC, ada satu sem ni.. kulis muka aku breakout teruk. Kering yang menggelupas macam taktahu dah kenapa!

Sampai hampir satu kelas tegur keadaan kulit muka aku yang kering tu. Aku ingatkan dari jauh orang takkan nampak. Haha.

Jadi, sekali lagi aku gelabah. Tak tahu nak beli produk apa. Dengan bantuan rakyat jelata di twitter.. Maka aku memilih... Produk Simple. Fragrance free. best texture moisturizer dia. Highly recommended! Lol

Aku beli trial pack.

Image result for produk simple trial pack
gambar google.

Kemudian, aku beli facial wash yang besar gedabak terus. Setahun gak la aku pakai. dan masalah kulit kering tiada lagi. 

Actually aku ada combination skin. Oily + dry. Tapi tah la.. moisturizer memang penting ye kawan-kawan.

Dan selepas simple, aku bertukar moisturizer kepada Aiken dan juga toner Aiken. 

Image result for aiken toner
toner.

Mula-mula pakai, kulit aku okay lagi tau. Lama-kelamaan, kulit aku macam takleh terima toner aiken ni. Same goes with its moisturizer. 

Toner aiken ni memedihkan muka ku. Dan moisturizer dia pulak kan ada bau.. Kepala aku jadi sakit dengan bau moisturizer dia. Idk why.

And yeah, jerawat dan parut jerawat menetap di daguku. Sekarang ni dia nak naik kat dahi.

Aku gelabah lagi..

Marilah kita tukar kepada....

Hada Labo!!

Baru mula semalam. Texture dia sama macam produk simple. So aku suka. Kita tengok hasil dia next month okay!

Image result for hada labo trial set light
Aku beli trial set jugak. Sebab aku takleh la tengok barang kecik cenonet comel ni. Nafsu aku kalah. HAHA.


So far, lotion dia (texture macam toner, tapi pekat sikit), tak memedihkan kulit muka aku. And kulit saya tampak segar ye tuan-tuan dan puan-puan. Ini kerana, saya menggunakan facial wash twice a day. #insaf.

sekian.


Comments

Putri Fatin said…
nak comment dekat chatbox, tapi tak boleh huhu. comel lah blog ni hehe. done blogwalking :)

Popular posts from this blog

Pengalaman Assessment Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (PPAM B)

Hlovate? Siapa?

CAT? Diploma? KPTM?