fabiayyi ala irobbikuma tukadziban
Assalamualaikum wbt.
Setelah sekian lama aku tidak update blog atas sebab-sebab tertentu.. Sibuk dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan. Aku seakan mencari diri sendiri yang kian hilang.
Kejatuhan bukan bererti gagal, malah ia adalah satu permulaan yang bagus untuk muhasabah.
Kejatuhan bukan bererti Tuhan tak makbulkan doa, malah ia adalah bererti ada sesuatu yang sangat bagus menanti di hadapan.
Kunci kata dalam hal ini, adalah SABAR.
pada jam 2.44am,
aku sebenarnya tak dapat nak melelapkan mata, disebabkan...sakit perut. haha!
Izinkan aku menulis sedikit di sini atas sebab biarlah posting di sini menjadi salah satu bukti di akhirat kelak, bahawa aku telah cuba untuk berubah dan ajak semua untuk berubah.
fabiayyi ala irobbikuma tukadziban..
seringkali kita dengar ayat ni, kan? lebih-lebih lagi muslim yang gemar akan surah ar-rahman.
kita semua pendosa.
kita semua inginkan syurga..
tapi setakat mana usaha kita?
kadang-kadang aku rasa hina pada diri sendiri.. sebab aku dah mempelajari tentang shadatul haq.
tapi aku tak apply..
mungkin ini lah sebab aku jadi makin lalai dalam kehidupan.
bila rasa tidak diuji..
aku jadi takut.. Tuhan dah tak sayang aku ke?
Tapi bila nikmat sihat ditarik.. barulah aku terhegeh nak cari doa untuk sembuh penyakit. erti kata lain, dah sakit baru ingat Tuhan? hm.
Kita selalu fikir, tak ada duit, tak leh hidup.
tapi lupakah kita bahawa, hidup jangan bertuhankan duit.
perbetulkan balik syahadah kita. akidah kita.
sebab itulah ada solat wajib 5x sehari untuk kita sentiasa bersyahadah, agar mati nanti, kita sempat mengucapkan :

Kita lupa nak mengucapkan kata syukur, sebab dilahirkan dalam Islam. Sedangkan ada manusia lain, terpaksa mencari pelbagai jalan untuk menuju ke jalan yang satu. Mencari Tuhan yang sebenar.
Kita lupa nak bersyukur, sebab Allah masih izinkan kita bernafas untuk perbetulkan salah kita.
Kita lupa nak bersyukur, sebab Allah masih belum datangkan fitnah yang besar ke atas diri sendiri.
Kita lupa nak bersyukur bahawa Allah masih sedang menutup aib kita.
Kita lupa nak bersyukur sebab Allah masih bagi kita nasi, bukan pasir.
Kita lupa nak bersyukur, sebab Allah masih bagi kita sihat, bukannya kanser.
Kita lupa nak bersyukur.. bahawa kehidupan kita sebenarnya masih lagi baik berbanding orang lain.
"Nikmat tuhanmu yang mana kau dustakan?"
Ah.. tak yah pedulikan aku. Asalkan life aku tak menyusahkan sesiapa.
Sungguh sombongnya kita ni kan.
Kita lupa, Rasulullah sungguh-sungguh sebarkan Islam. Agama kedamaian kepada kita semua.
Sungguh-sungguh Rasulullah berdakwah sampai kena baling dengan batu.
Tapi kita boleh bagi ayat yang sombong itu.
Sanggup ke kita tengok Rasullulah menangis bila tengok umatnya masih gigih melepaskan diri dari seksaan api neraka?
Sedangkan tengok ibu sendiri menangis pun, kita dah luluh.
...
setiap kali taip ayat di atas, aku rasa aku hina yang amat.
semoga Allah sentiasa melindungi aku dari dosa. aku tak kuat.
dan kepada awak.. semoga Allah melindungi dan menguatkan hati awak di setiap detik waktu.
regards,
syikin.
Comments