Manusia Lapar

Assalamualaikum.

Jadi... Sekarang bulan April! Lagi 2 minggu, aku ada exam! Yay! #tengahcubabuatbuattakcuak .

Oke, topik kalini...

Manusia Lapar.

Aku ke yang lapar tu? ohh.. aku memang lapar sentiasa. Sentiasa lapar tak kira masa. Lagi2 bila tengah pakai otak. Lapar dia...

"Laaaa...par....."

Itu lapar nasi.

Tapi, di era modenisasi atau lebih tepat lagi.. zaman kepelikan dunia kini..

Syria.. lapar...
Palestin..lapar..
MALAYSIA...lapar..tudung...tak...cukup...labuh.

Aku jadi pelik.

Aku yang pelik. Atau orang lain yang pelik.

Bak kata seorang hamba Allah ni.. " jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Dan aku cuba menyalahi diri sendiri. Dan bersangka baik kepada community."

#ayatskemasikit

Aku takut sangat kalau aku terpakai tudung tak cukup labuh. Aurat yang sepatutnya wajib ditutup atas dasar syariat Islam. Aku takut sekiranya terlanggar perintah Allah yang satu itu. Hatta, sekiranya nak ambil wuduk, mesti aku perati sekeliling supaya aku selamat dari pandangan ajnabi terhadap kakiku yang tanpa stokin.

Iyela.. takkan nak pakai stokin dalam bilik wuduk. Nanti basah. Takkan nak pakai basah2. Agak la kan. Hang laki, hang diam. Haha.

Yang laki pon satu hal.

Apa hal gi berebut2 nak kan tudung tak cukup labuh tu. Nak pakai tudung ke.? Oh man~ . Tak cukup macho. Apa? Nak menang peraduan yang butik tu buat? Oh man~… tak macho sungguh.

Lelaki yang macho adalah lelaki yang support para wanita menutup aurat dengan sempurna, seperti suami kepada pengusaha butik, Bella Ammara, Uswah Islamic Clothing, Elle Zada dan lain-lain lagi. (Aku tengah promot butik syariah compliance ni)

Dan.. aku punya cita2.. nak mengusahakan satu butik pakaian pengantin.. sebab aku suka gilaaaa tengok design baju pengantin by Eja Shahril. #promotlagi.

Ahhh lari topik sungguh.

Last word, #sebelumakumenyimpangbebelbendalain

Jadilah Manusia yang menggunakan akal dengan sebaiknya. Jangan menangkan nafsu. Selalulah memikirkan..

What if i die tomorrow.  Am i still have a chance to go to the Jannah..?

Till then,

Kusyi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Assessment Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (PPAM B)

Hlovate? Siapa?

CAT? Diploma? KPTM?