Tips menghadapi Dugaan~

Assalamualaikum!!

78161f3cb8de470f1e89712c7cb5248b_large

Hari ni, saya ada terbaca tips neh kat blog adik manis.. Huhu.. Jom terjah blog dia? \klik here/..

Terasa nak share pulak. Memandangkan, idea untuk post sesuatu tak ada. Kering kontang dek siapkan homework banyak tak terperi. Aik? Ha ha..

Jom tengok!

Pertama! Kita kenalah ada perasaan 'YAKIN'! Yakin ape? Yakin bahawa setiap dugaan yang datang tu, pasti ada hikmah. Janganlah asyik pikir pasal dugaan tu je. Cuba pikir, hadapan sikit. Dugaan tu semua dah memang takdir. Kalau korang yakin boleh hadapinya dengan baik! Insya-Allah..Korang dapat hikmah daripada-Nya. So ingat ya! Y.A.K.I.N! Hoho..

Kedua! Kita kenalah ada sikap Sabar~
Apa itu sabar? Ades.. kalau kau tak tahu, kau p tanya orang sekeliling.. Sabar tu penting. Assobarun minal iman~ Sabar itu separuh daripada iman~ Bila dugaan datang.. Korang cakap dalam hati.. Sabar wahai hati..Sabar.. Sabar...Sabar.. Kompem! Hati korang tenang selama setahun. Tak caye, cuba try nanti. :D

Ketiga! LUPA! Ini bukan lupa macam amnesia tu. Ha ha.. Kalau amnesia itu saya. Setiap kali x buat latihan addmath, kompem amnesia sampai terlentok muka kat atas meja.. Kihkih..
Ini lupa lain.. Kita kena lupakan perkara yang tak elok zaman lepas2.. Buat apa dikenang? Buang masa jeh.. Baik korang bangkit!! Maju ke hadapan dengan penuh semangat tanpa rasa gentar buat kali kedua. Adoii..Terbaekk ayat saya hari neh. Ades~ -.-'.. Ingat ya! Lupa......

Keempat! SENYUM tak perlu kata apa-apa.. Hehe.. Senyum tu sebahagian daripada sifat sabar. Selain sabar, cuba korang senyum. Tenang sikit hati dibuatnya.Kan? Saya pernah jugak cuba.. Tapi, cara saya ialah baca karya blog kak syamnuriezmil. Kompem saya senyum sorang-sorang.. Ekeke..  Senyum ni pengubat duka lara.. Cuba korang senyum.. Huhu.. Nescaya hilang sikit resah di hati.. Lagi-lagi tengok blog saya yang cun neh kan? lalala..

Kelima.. Korang mestilah kena selalu INGAT! Ingat bahawa segala dugaan yang menimpa diri korang tu datang daripada Allah SWT.. Orang yang diberi banyak dugaan ni, tanda Allah sayang mereka. Hah! Korang kena ingat sebab Allah SWT sayang kitalah, dia kasi ujian banyak2.. Saya pun ada jugak ujian neh. Ujian siapkan homework yang banyak tak terkira.. Aigo~ -.-'
Tapi, korang kenala INGAT, bahawa masih ada orang yang lebih besar dugaanya daripada kita. Seperti penduduk di Palestin tu..

So, inilah tips kita pada hari ini.. Semoga dapat dijadikan tips yang menarik untuk korang2 dan termasuk saya sendiri untuk menghadapi setiap dugaan yang datang menerpa pada diri masing2. Ades.. Apasal sastera sangat ayat saya hari ini?

#orang yang takde masalah tu, cikgu saya kata, tak normal. :D

Daaa...

Salam~

Comments

terima kasih mengingatkan ~
:)

Popular posts from this blog

Pengalaman Assessment Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (PPAM B)

CAT? Diploma? KPTM?

Perempuan atau Muslimah ?