Review Dalam Mihrab Cinta MOVIE

Assalamualaikum.

Kusyi dah habis tengok Dalam Mihrab Cinta... Best! Ha ha.. Baru boleh tengok hari ni.. Mesti korang nk kata kusyi lembab sikit.. Ha ha.. Tak kesah pownnn.. Asal boleh tengok! :P

Okeyh.. Meh nak cite sikit.


Movie ni dari novel DALAM MIHRAB CINTA by Habiburrahman El Syirazy.


Novel nya wa nggak baca dong.. He he..

Permulaan cerita ni.. Memang syokkkk...  Dubdabdubdab.. sebab hero Syamsul Hadi (Dude Herlino) kena fitnah.. Sedih! Si Borhan kawan dia yang fitnah Syamsul tu mencuri kat pesantren.. Grrrr..... Tak pasal2 Syamsul kena buang dari pesantren. Lepas tu.. Kena marah dekat bapak and brother2 dia pulak.. Huu..

Nadia(Tsania Marwah) adik kepada Syamsul.. Macam 50-50 je nak percaya abangnya betul2 pencuri atau x. Hurm.... Suspen ni..

Syamsul memang tertekan dengan ujian yang dihadapinya itu. Semua orang tak percayakan dia. Lepas tu.. Dia lari dari rumah. Oh ya! Ada sorang lagi yang betul2 yakin bahawa Syamsul hanya difitnah. Orang itu ialah Zizi(Meyda Sefira). Mereka pernah jumpa secara kebetulan dalam bas pada awal cerita ni. Hu hu..

Masa Syamsul larikan diri.. Hidup dia makin susah.. Nak cari duit susah.. Lepas tu... Dia pergi ragut beg duit sorang wanita dalam bas. GILA Sengal ah.. Tengah syok2 kusyi tengok cite tu.. Boleh pulak Si Syamsul berfikiran nak meragut. Ish ish..

Then.. Syamsul masuk penjara.. Nadia tolong ikat jamin.. Syamsul tetap taknak balik rumah. Dia larikan diri lagi.. 

Hidup yang makin susah.. Syamsul tetap nak jadi peragut. Grrrrrrr..... Banyak orang jugak dia pernah ragut.. Tak pernah tertangkap pulak tu..

Okeyh! Sampai babak best ni!!

Syamsul meragut dompet orang yang bernama Syilvie (Asmirandah).. Dia tengok dalam dompet Syilvie ada gambar Borhan.. 

Akibat masih menaruh dendam pada Burhan, Syamsul Hadi tekad untuk mendekatkan diri dengan Sylvie dan berpura-pura menjadi seorang guru agama. Di sinilah, tarbiyah yang sebenarnya bermula. Betapa Maha Kuasa Allah yang mengangkat darjat sesiapa sahaja yang dikendakiNya tanpa mengira betapa buruknya keadaan seseorang hambaNya. Syamsul yang dahulunya menyangkakan pesantren adalah tempat terbaik mendalami ilmu agama ternyata silap. Allah Maha Baik telah memberikannya tarbiyah secara langsung sepanjang dilema watak antara seorang penyeluk saku dan seorang guru agama.

Lepas tu .. lepas tu.. Ending dia sedih teramat! Touching gilee..

Korang tengok lah sendiri! 

PART SEDIH.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada filem ini. Hanya sekadar berkongsi sedikit daripadanya.

  • Ujian itu adalah satu bentuk tarbiyah. Ujian sebegini yang kadang-kadang mendekatkan kita dengan Allah.
  • Logik manusia itu terbatas dan logik Allah itu indah.
  • Jangan mudah-mudah melafaz sumpah. Takut sumpah makan diri
  • Pendidikan itu bukan hanya terhad di sekolah atau di sesebuah institusi pendidikan. Kehidupan ini pun sebenarnya adalah ‘sekolah’.
  • Beristikharah dalam membuat pilihan
  • Kalau sudah jodoh tak ke mana.
  • Ikut kata Syamsul Hadi, Allah tidak buta. Allah tidak tuli. Allah Maha Melihat dan Mendengar
  • Allah Maha Kuasa mengangkat darjat sesiapa jua yang dikendakiNya
  • Hanya Allah yang mengetahui betapa buruk dan hina-dinanya keadaan seseorang hambaNya.
  • Tazkiyatun Nafs atau pembersihan diri seharusnya berterusan sepanjang hidup.
credit: sini
Daaa..

Salam!

Comments

kusyi said…
cwl--mmg best! tak rugi tengok! hehe.

Popular posts from this blog

Pengalaman Assessment Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (PPAM B)

Hlovate? Siapa?

CAT? Diploma? KPTM?