Pengalaman/ Cara Beli Kereta Baru Musim PKP

 Assalamualaikum.


Da lama tak update blog. Kalini aku rasa terpanggil nak update sebab aku rasa aku kena share this moment with all of my followers / pencari yang pernah taip topik ni di google (macam aku sebelumni).

Sebabnya, sebelum aku nak beli kereta, aku ada la search kat google pengalaman sesiapa beli kete musim pkp ni kan.. hampeh takde. So aku search di twitter. ada la few people tweet their sharing on this topic. So yeah, let's read my story. LOL.

Aku start survey bulan 11 kot eh, lupa dah.

oh tak.. aku survey bulan 9 kot. 

survey salesman yang boleh dipercayai dan boleh tolong proses beli kete dari proses loan.

Aku dapat few numbers salesman from my friend.

ada la sorang hamba Allah ni, memula beria la kata gaji aku ni boleh apply tanpa guarantor. 

Gaji aku masa tu belum potong EPF. so aku meragui suggestion si salesman tersebut. Aku pun ha oke la. Amik la slip gaji aku ni. Tunggu punya tunggu, banyak bank reject permohonan loan aku sebab takde penolakan EPF. amendeeee la. 

aku tak salahkan bank-bank, aku salahkan si salesman tu ha... lain kali cakap awal-awal, you need guarantor's document. So I dont have to waste my time for a month to get loan from bank. APO?

pastu dia boleh cakap, Syikin cari la salesman lain, saya takleh nak tolong.

Padahal kan, kete axia je. G je. Bukan aku minta gxtra. Mungkin axia ni  tak banyak pun komisen dia dapat if dia gila-gila tolong aku. Nonsense kan. Salesman macam ni patut kena palau je. Dia buat macam aku noob sangat. Ah malas layan.


So aku cari salesman lain. And aku risau nama aku da blacklist dengan bank. Sebab dorang bagitau credit score aku 0. Sebab tu tak banyak bank luluskan loan aku. Whatever jela kan. Aku dah standby document guarantor sebenarnya. Tapi cara salesman assist aku tu macam haih.. Macam tak banyak pengalaman, dan aku cadangkan dia resign jela. hahahahha.


Okay next, aku proceed kepada salesman lain, Perodua Kajang, KJB Auto Sdn Bhd. Yang ni aku tulis nama, sebab dia la yang assist aku dari awal sampai la ke hari-hari aku duk tanya, kete apa update ye? HAHA.


Okay first,

1. Survey kete korang nak, tengok harga dan spec yang korang nak. Ni boleh mintak brochure latest dari salesman korang.

sumber: Google



2. Sediakan document

- Salinan IC

- Slip gaji (3 bulan terkini)

- Penyata Bank (3 bulan terkini - nak tengok duit gaji masuk tu betul ke tak betul amaun)

- Penyata KWSP & SOCSO (sekiranya ada)

- Sekiranya takde potongan KWSP / SOCSO tu, sediakan dokumen dari guarantor.

- Dokumen guarantor (Slip Gaji, Penyata Bank, Penyata EPF, Salinan IC)


3. Tunggu salesman duk apply loan dari pihak bank. 

- Korang boleh tanya, dia apply loan dari bank mana. Saja nak buat checklist sendiri.


4. Loan update. Boleh tanya salesman, bank bagi berapa ringgit.

- Tips: kalau tinggi deposit, bayaran bulanan korang rendah.

- Kalau full loan, taknak deposit, bayaran bulanan korang tinggi sikit la. Tempoh loan pun full jugak, biasanya 9 tahun.

- Kalau ada beberapa bank loan yang reply, korang bandingkan la interest rate tu, siapa yang bagi low rate. biasanya Maybank bagi low rate. (berdasarkan kajian aku la) hahahaha.


5. Pastu, tunggu salesman panggil kau untuk sign loan, atau kau gi sendiri kat bank tu, ni kena banyak tanya salesman korang. Sebab aku taktau salesman korang deal dengan pegawai bank siapa. Kot la dengan kawan dorang ke kan. 


6. Sign beberapa loan agreement dari bank.


7. Tunggu kereta ada stock dari pihak perodua. 

yang ni aku paling lemau. Aku sign loan 3 December 2021. Aku dapat kereta 16 March 2022. Agak lama, sebab kilang perodua stuck setelkan kete orang mangsa banjir haritu. 

Pastu kan haritu PKP tu.. kilang perodua tutup kejap, pastu jadual keje gilir-gilir. so yeah... sekali seminggu aku akan whatsapp salesman..


"kete saya da ada update ke ye. :(


8. Kereta ada~

- salesman tanya nak no plate negeri mana. yang ni korang minta je beberapa running number sekarang, saja nak pilih-pilih.

- pegi ke showroom tersebut. Panggil kawan korang yang terer pasal kete. Check la puas-puas sebelum korang sign delivery order (DO).

- pastu, tunggu bank emailkan cara-cara bayar bulan kereta.


OKAY, dah tu je cara aku.


cara korang macam mana?


Comments

♥xaturen♥ said…
Perkongsian menarik, bolih la nk beli kereta ni... Rasa mcm nk beli kereta kecil satu..

Popular posts from this blog

Pengalaman Assessment Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (PPAM B)

Hlovate? Siapa?

CAT? Diploma? KPTM?