Posts

Showing posts from February, 2025

Guru Mursyid Di Akhir Zaman

Image
GURU MURSYID DI AKHIR ZAMAN Guru mursyid di akhir zaman masih ada. Bukan tidak ada. Tapi mereka itu mesti dicari. Kerana mereka tidak akan mempamerkan diri. "Akulah guru mursyid, datanglah kepadaku." Bukan.. Itu dia mahu berkuasa ke atas orang. Guru yang mursyid itu sangat tawaduk. Dia tidak mahu menjadi ketua kepada orang. Menguasai orang lain, dia tidak mahu. Tapi, di saat ada orang yang datang, minta tarbiyah dari dia, Dia mesti memberikan waktunya. Kerana dia juga dipesan oleh guru sebelumnya, "Jadilah kamu kasih sayang seperti Rasulullah kasih sayang kepada sahabatnya, kepada orang menjadikan engkau sebagai gurunya." Sheikh As-Syarif Al-Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani